Thursday 17 January 2013

Kalimah Allah: Pas Pulau Pinang Akur Keputusan Majlis Syura


alt

KEPALA BATAS 17 Jan - PAS Pulau Pinang anggap perkara penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu selesai apabila mengambil tindakan untuk akur dengan keputusan Majlis Syura Pas.
Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd. Salleh berkata, pihaknya akan menggunakan keputusan yang telah di tetap kan oleh Majlis Syura Pas.
"Kami (Pas Pulau Pinang) akan menggunakan keputusan Majlis Syura Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan  Majlis Syura Pas Pusat yang secara rasmi tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam mana-mana rujukan Agama Bukan Islam sebagai terjemahan mana-mana bentuk bahasa pengantara.
Badan tertinggi Pas itu menegaskan, kesucian kalimah Allah itu tidak sewajarnya dijadikan sebagai tafsiran mana-mana Agama selain Islam merujuk kepada Tuhan bagi umat Islam yang secara jelas terkandung menerusi Al-Qur'an sebagai Yang Maha Esa, Tunggal, Tidak Beranak, dan Tidak Diperanakkan.
Isu kalimah Allah ini tercetus apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu semada berucap sempena sambutan Krismas lepas.
Sebelum ini, Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz serta penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan persetujuan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, walaupun keputusan itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak.

KLIK DI SINI


No comments:

Post a Comment