Thursday 17 January 2013

Miliki Saham 30% : Kerajaan Negeri Tidak Wajar Salahkan SYABAS.

alt

SHAH ALAM 16 Jan -  Kerajaan Negeri Selangor tidak seharusnya menuding jari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berhubung isu masalah air yang berlaku di negeri itu kerana kerajaan negeri sendiri memiliki 30 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan negeri Selangor yang turut memiliki pegangan saham tidak boleh menyalahkan Syabas sebaliknya harus berbincang bersama bagi menyelesaikan masalah krisis air yang melanda negeri Selangor.

"Mereka tidak boleh menafikan hakikat bahawa mereka turut mempunyai pegangan saham sebanyak 30 di Syabas.

"Pada hakikatnya bahawa kalau begitulah, Syabas ini juga adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) milik Selangor," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam disini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri perlu mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu air yang berlaku di negeri itu bagi memastikan rakyat negeri Selangor dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

"Apa yang mereka perlu buat adalah berbincang bersama Syabas untuk mencari penyelesaian masalah ini kerana rakyat tidak mahu dikaitkan dengan masalah ini. Pada saya, perundingan demi perundingan telah dijalankan dan nampaknya sikap kerajaan negeri yang diketuai oleh Menteri Berar,  Tan Sri Ahmad Khalid Ibrahim terlalu degil," katanya.

alt

Tambahnya, kuasa kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu ini dengan sistematik sekiranya kerajaan negeri bertindak rasional demi masa depan rakyat negeri Selangor.

“Namun saban hari, Kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan seluruh pemimpin pembangkang mengunakan isu tersebut untuk meraih publisiti murahan dan asyik mahu memenuhi  agenda politik mereka. Inilah sikap sebenar mereka yang langsung tidak mahu memikirkan dan menyelami masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor disebabkan krisis air di negeri ini berada di tahap yang semakin membimbangkan.

Terdahulu, Presiden Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau berasa kesal dengan tindakan Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyalahkan Syabas dan kerap menyatakan alasan yang tidak munasabah berkaitan projek penyenggaraan yang dicadangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu kerap menyatakan alasan yang tidak munasabah dan memberi maklumat yang tidak pernah benar.

KLIK DI SINI



No comments:

Post a Comment