Thursday 17 January 2013

Mat Sabu Tukar Pendirian, Setuju Keputusan Majlis Syura Pas


alt
 KOTA BHARU 15 Jan - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
 
Beliau sebelum ini yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.
   
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
   
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.
   
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan secara rasmi tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam mana-mana rujukan Agama Bukan Islam sebagai terjemahan mana-mana bentuk bahasa pengantara.
 
Badan tertinggi PAS itu menegaskan, kesucian kalimah Allah itu tidak sewajarnya dijadikan sebagai tafsiran mana-mana Agama selain Islam merujuk kepada Tuhan bagi umat Islam yang secara jelas terkandung menerusi Al-Qur'an sebagai Yang Maha Esa, Tunggal, Tidak Beranak, dan Tidak Diperanakkan.


Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
   
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu.




No comments:

Post a Comment